Berat hati ini, namun kugagahkan. Petir yang berdentam menggegarkan ku daripada
lelap yang menyapa ku sekian tadi. Aku
bangun lantas ku menyapai kain tuala yang tersidai di birai katil. Ku basahkan
badanku, wudu’ ku ambil.
“Waktu hujan hujan begini elok solat sunat. Berdoa dengan khusyuk. InshaaAllah, doa pasti dimakbulkan. Jom sayang !”
Tergiang ngiang ajakan si dia. Ku sarungkan jilbab di kepalaku. Solat ku mulakan,
Alahmdulillah. Usainya solat ku duduk berpeluk tubuh di atas katil. Kedinginan menyelubungi diriku. Lalu ku capai selimut dan merebahkan badanku. Aidil Ikmal sudah kutidurkan. Kini, masaku untuk bersendirian.
Lamunan ku bermula. Air mata mula menitis sedikit demi
sedikit. Ku tak pasti, air mata apakah ini.
Ku singkap memori yang dulu pernah singgah di hati ini.
………………………………………………………………………………………………………
Mac 2007
Mac 2007
“Ummi, hari ni Naeimah nak ambil result, ummi ikut nak” Ummi
ku tanya untuk mendapatkan kepastian.
“Mestilah sayang. Ummi mesti ikut. Abi kan takda, jadi ummi lah yang akan gantikan tempat Abi.”
“Mestilah sayang. Ummi mesti ikut. Abi kan takda, jadi ummi lah yang akan gantikan tempat Abi.”
Ku kagum kesungguhan ummi. Ku kagum, kepimpinan ummi.
Biarpun Abi sudah lama meninggalkan kami ku tahu..Ummi selama ini mengalirkan
air mata jernih dalam diam tanpa kami adik beradik sedari.
………….....................................................................................................................................................
“Saya akan sebutkan nama pelajar pelajar yang mendapat 10 A+
dalam SPM. Hanya seorang saja yang telah
berjaya mendapatan keputusan ini” Darahku berderau, tanganku berpeluh. Nafasku
terasa sesak. Bibirku ligat mengucapkan nama Allah yang Esa. Ya. Aku insan yang
lemah. Ingat hanya ketika susah.
Namun ku pasti Allah sentiasa ada di sisiku ketika aku susah atau senang.
Namun ku pasti Allah sentiasa ada di sisiku ketika aku susah atau senang.
Aku tak nak jadi sesetengah orang. Hipokrit. Lain luar lain dalam. Aku adalah aku. Hanya Allah tahu siapa aku kerana aku diciptakanNya.
“Pelajar itu ialah, Nur Naiemah Mawaddah binti Muhammad Farhan !” Air mata ku… Ya. Air mataku ligat mengalir. Ku dakap ummi, ku cium dahinya. Ya Allah…. Ummie ! Naeimah berjaya mi!
Tiada kata kata. Kaki ini terasa longlai tapi gagahkan juga untuk naik ke pentas. Akhirnya, ini yang aku nanti. Ini yang aku impi. Allah itu Maha Besar. Ku yakin dan ku pasti.. Ummi tersenyum, ku yakin pasti bahagiannya dia.
Namun jauh di sudut hati, aku menangis. Andai Abi ada di sini…. Pasti segalanya akan menjadi lebih bahagia.. Ku terus lihat Ummi. Ummi menangis… Aku cuba menciptakan senyuman agar ummi juga tersenyum.
…………………………………………………………………………………………………………
“Ya Allah.. Kau tempatkanlah suamiku di tempat orang orang
yang beriman.” Ummi terbaring di sejadah. Tiada tangisan ku dengari. Hanya bahu
ummi yang terhenjot henjot.
“Abang , anak kita dah berjaya. Alhamdulillah, berkat didikan dan asuhan abang anak kita berjaya. Semoga anak kita menjadi anak yang solehah ye bang. Abang tenanglah di sana. Lambat atau cepat sayang akan susuli. InshaaAllah, sayang akan beri yang secukupnya untuk anak kita agar dia berjaya.” Ummi terdiam. Mungkin sudah penat seharian.
Ku lihat ummir melipat telekung lalu merebahkan badannya di atas katil. Biarlah. Ku tak mahu menganggu ummi. Ummi juga perlukan waktu privasi.
…………………………………………………………………………………………………
31 Mei 2013
Ijazah Master dalam linguistic pasti akan kugenggam tidak
lama lagi. Apa yang aku impikan, InshaaAllah pasti jadi realiti . Aku kini di
UITM Shah Alam. Alhamdulillah, berkat kejayaanku, adik adik juga berjaya
menjejakkan langkah ke arah yang cemerlang. Berkat doa dan usaha ummi. Genaplah
juga, pemergian ummi yang tersayang. Ummi meninggal kerana sakit tua. Aku reda
dengan ketentuanNya. Aku tak pernah salah kan takdir, kerana yang hidup itu pasti
mati.
Allah berfirman “Setiap manusia akan merasai mati….” Dalam surah Al Anbiya’:35. Jadi sebagai seorang hamba, perlu sentiasa mempersiapkan diri. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tenrngadah.
……………………………………………………………………………………………………
4 0gos 2013
Ku gembira. Ku keriangan. AllahuAkbar ! Aku gembira. Kini
hanya perlu apply untuk menjadi lecturer. Hari ini, adik adikku serta ukhti ukthi datang
meraikanku. Ya, tida dapat disangkal lagi.. Sejak aku menjejakkan kaki di alam universiti,
Alhamdulillah, ringan juga kaki ini untuk menghadiri usrah usrah. Kadang
kadang, diri ini tak sempat kerana sibuk dengan hal duniawi. Ya, memang
tersentap rasanya. Bersalah pun ada. Bersalah pada yang Esa. Namun ku pujuk
hati, agar terus berani, dan gagah menempuh segala dugaan yang mendatang. Baru
sukut ujian ku terima. Belum lagi ujian di alam pekerjaan nanti. Dan ujian ku
ini tidaklah sehebat ujian yang datang pada Rasulullah. Ohh, bila cerita
tentang Rasulullah, rasa rindu semakin semarak. Rasulullah rindu ikhwan
ikhwannya. Ditanya sahabat siapa ikhwan itu? Mereka yang tak pernah bertemu
Rasulullah. Allahu !
…………………………………………………………………………………………………………
Petang itu, aku dipanggil pensyarahku..
“Naeimah, ini ada tawaran. Saya harap kamu boleh
pertimbangkan. Bacalah dulu”
Sayidatina Aisyah r.a. ketika ditanya tentang ciri ciri wanita mulia, "Iaitu wanita yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki"
Bersambung
sambung sambung. heee
ReplyDeleteYee. InshaaAllah nanti.
ReplyDeleteanda ditag :)
ReplyDeletehttp://izzam4eva.blogspot.com/2013/05/1st-mini-giveaway-by-nina.html
InshaaAllah. Follow back.
Deleteheelo , nice entry .done following .mind follow back dear
ReplyDeletedyanasan-budakbosan.blogspot.com
Maaf ye. Saya tak dapat cari button follow lah.
Delete