Assalamualaikum & Hi. I'am Aishah. 16 years old. Be a learner and learn the way to be a better muslimah. Whenever you are alone, always remind that Allah has sent everybody away, so that it only you and Allah. "Sesungguhnya selepas kesulitan pasti ada kemudahan. If you never thank Allah for every smile, then you you have no right to blame Allah for every tears. Just be patient for every single test Because the test will make you more closer to Allah. Credit to Aisyah Shakirah. Kebahagiaan adalah untuk sesiapa yang mencari, berusahalah dan bersabar PATIENT is something you must hold what matter occur. "Sometimes, by winning something it is not good for you, But sometimes, by loosing something it is very good for you.."

Sunday, 2 June 2013

Zauj tersayang Part 2



Petang itu aku dipanggil pensyarahku.

“Naeimah, ini ada tawaran. Saya harap kamu boleh pertimbangkan. Bacalah dulu.”
…………………………………………………………………………………………………………

Miss Naiemah,
You have been chosen to be a lecturer in our university, Seoul National University. I hope you will consider our proposal to make you as our new lecturer.

…………………………………………………………………………………………………………

Aku terdiam. Mataku terbuntang melihat surat itu. Ohh! Apakah yang dimaksudkan dengan surat ini? Macam mana nama aku boleh sampai di pihak universiti di sana?

Begitu banyak persoalan sehingga aku pun ternganga. Aku tak tau bagaimana hendak menjawab soalan ni. Apa pula keputusan aku nanti? Adakah Ya? Adakah Tidak? Tapi ini cita citaku. Ingin menjadi seorang pensyarah di universiti di luar Negara.

Adik adikku? Patutkah aku tinggalkan atau bawa sekali? Mereka juga mempunyai masa depan. Tapi bagaimana makan minum mereka. Ahhhh! Serabut.

“Naeimah, cik Naeimah.” Panggilan daripada Puan menyedarkanku.

“Ehh. Puan. Maaf. Puan, betul ke ni. Ada ke students dekat Korea yang nak belajar Bahasa Kebangsaan kita ni? Bagaimana nama saya boleh sampai ke pihak sana?” Aku mula memberi soalan bertubi tubi ibarat senapang di medan perang.

“Sabar Naeimah sabar. Saya pun tak sangka perkara ini diluluskan. Sebulan yang lalu, pihak universiti di sana ada menghantar surat ingin membuat pertukaran pensyarah selama 2 tahun. Mereka cakap ramai yang ingin belajar bahasa kita. Bangga sungguh saya! Sebenarnya juga saya yang beri nama awak. Sebab dah lama saya melihat prestasi awak. Bagus!” Panjang lebar Puan menerang kan. Betul ke ni?

…………………………………………………………………………………………………………

Aku tersenyum mengingatkan memori yang indah itu. Bermulanya aku menjejakkan kaki dalam arena syarahan. Itulah impianku. 

Zikir munajat di galaxy tab aku membangkitkanku dari lamunan. Maghrib pun sudah tiba. Ku berhentikan lamunanku. Aku bangun dari pembaringanku. Ku lihat Aidil Ikmal nyenyak tidur setelah ku susukan sebentar tadi. Iniliah buah hatiku. Pengubat dukaku kala aku kesepian. Iniliha anugerah daripada Allah yang tak terhingga buatku. Ke berharap agar anak ini menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin yang berguna pada hari muka.

Ku usap, ku belai mukanya.  ‘Hasil cintaku’. Monolog di kalbu.             

Usai solat maghrib. Ku capai kitab Al quran. Bak kata orang al quran Rainbow. SubhanaAllah cantik sungguh al Quran. Ku memiliku Al quran ini sejak aku berada di Tingakatan 4. Iniliah penemankanku. Sumber ilhamku. Sumber ilmuku. Kadang kadang , tak sempat membanya. Aku dahagakan kasih sayang Allah jadi aku gagahkan diri membaca satu ayat daripada Al quran sehari. Itu yang terbaik.

Setelah habis satu muka surat ku baca. Ku capai buku Koleksi Hadis dan koleksi ayat ayat Al quran. Allahu. Tersentuh hati ini bila si dia menghadiahkannya kepadaku sebagai hadiah perkahwinan kami. Indah sungguh.

Ku selak, sehelai demi sehelai. Ku selak. Tiba –tiba aku terhenti pada muka surat 25. Sekeping gambar ku keluarkan. Gambar perkahwinan kami. Aku tersenyum sendirian. Rindu saat manis ini. Ku berkira kira, mengapa si dia meletakkan gambar kami di muka surat ini. Ku baca. Satu muka surat itu. Ku baca sepatah demi sepatah.

Mataku terbehenti.

“Tiga kunci kebahagiaan seorang lelaki: Pertama adalah isteri yang solehah yang jika dipandang membuatmu semakin rasa sayang dan jika kamu pergi membuatmu berasa aman kerana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dan hartamu, kenderaan yang baik yang boleh menghantar ke mana kamu pergi dan rumah yang lapang, damai dan penuh kasih sayang. (Hadis Riwayat Abu Dawud).

Mataku mula ku berkaca. Ku bertahan untuk seketika. Hatiku terdetik untuk melihat di sebalik gambar itu.
Air mataku mengalir. Menitis tanpa henti. Bagai ada satu magnet menarik air mataku keluar. Tertera tulisan si dia.

‘ITULAH KAMU SAYANG. SAYANG MEMBAHAGIAKAN ABANG SEPERTI SEORANG RAJA. HANYA SAYANGLAH PERMAISURI ABANG. SAYANG JAGA DIRI.’

Melihat tulisan itu, aku tersenyum sendirian. Rasa tenang, Biarpun selepas berkahwin, begitu banyak tugasku sebagai seorang pensyarah dan juga isteri, namun rumah yang aku dan si dia bina terus bahagia tidak dimamah usia.

Aku tutup buku itu. Ku bawa bku itu bersamaku sehingga ke atas katil. Ku jelling buah hatiku, ternyata dia masih nyenyak diulit mimpi. Tidak mudah meragam buah hatiku ini. Ku peluk buku itu, ku iringkan badanku. 

Terasa tenang dan lena. Ku tidur bertemankan kenangan ku bersama si dia. Ku reda dengan ketentuanNya. Inilah yang dinamakan cinta. Semoga kita bertemu di atas sana.

Ciri ciri seorang wanita solehah yang disebut di dalam al Quran, “Wanita-wanita yang solehah itu ialah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada kerana Allah telah menjaga (mereka).” Surah An Nisa’ ayat 34.


No comments :

Post a Comment