Assalamualaikum & Hi. I'am Aishah. 16 years old. Be a learner and learn the way to be a better muslimah. Whenever you are alone, always remind that Allah has sent everybody away, so that it only you and Allah. "Sesungguhnya selepas kesulitan pasti ada kemudahan. If you never thank Allah for every smile, then you you have no right to blame Allah for every tears. Just be patient for every single test Because the test will make you more closer to Allah. Credit to Aisyah Shakirah. Kebahagiaan adalah untuk sesiapa yang mencari, berusahalah dan bersabar PATIENT is something you must hold what matter occur. "Sometimes, by winning something it is not good for you, But sometimes, by loosing something it is very good for you.."

Sunday, 2 June 2013

Zauj tersayang Part 3


Aku terjaga dari lenaku. Aidil menjagakanku dengan tangisannya yang sentiasa membikin sukmaku terasa sentiasa tenang.  Ku lihat jam loceng di sebelahku. Jam menujukkan 2.30 pagi.

“Sayang.. Sayang lapar? Mari sayang. Ummi susukan.” Ku cuba bercakap dengan Aidil. Ku yakin bayi yang seuisa 4 bulan ni akan mendengar suara umminya. Ku angkat Aidil, ku letak di atas pehaku. Ku susukannya hingga dia terlena. Lucu sungguh mukanya apabila tidur. Matanya tak ubah seperti si dia. Ku tidurkan Aidil sehingga lena lalu ku letakkan Aidil di atas katil.

Ku jeling jam di sebelah. Sudah 3 pagi. Sifatku yang sukar tidur apabila sudah terjaga sudah menjadi kebiasaan. Ku masuk ke kamar mandi, ku ambil wudu’.  Sudah sebati dengan hidupku apabila Aidil sudah dilahirkan, jika aku bangun pada jam 3 pagi aku akan menunaikan Solat Tahajud dan Solat Hajat. Inilah waktu mustajab.

Sujud terakhir dalam solat hajat, ku pohon agar buah hatiku, Aidil akan menjadi, anak yang soleh, pemimpin yang bertanggungjawab. Ku juga phon agar si dia sentiasa mendapat curahan kasih sayang daripadaMu Ya Allah.

Usai kedua dua solat ku duduk, berzikir. Ku dambakan hatiku pada yang Esa. Ku menangis di tikar sejadah, mengingatkan dosa dosa ku yang dulu. Tak tergambar banyaknya.  Ku ingat dahulu, selepas Ummi meninggalkan diri kami adik beradik, aku sekejap terjerumus ke lembah hina. Kotor rasanya diri ini.

Ku lalai. Ku membuang waktu apabila masa lapang menerjah. Begitu kerap aku keluar berfoya foya bersama sama rakanku. Namun ku bersyukur, Allah masih melindungi diriku daripada lelaki lelaki ajnabi yang sentiasa mendekati wanita tnapa kira masa. Ku bersyurkur ku masih belum ternoda.

‘Dari Ibnu ‘Abas r.a. berkata: “Rasulullah bersabda: Dua nikmat di mana ramai manusia lalai untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin adalah kesihatan dan waktu lapang” (H.R. Bukhari)

Ku bangkit dari sejadah. Ku atur langkah ke atas katil. Mata tak bisa dilelapkan, jadi ku ambil keputusan untuk merehatkan diri di atas tilam empukku. Ku baring dengan perlahan supaya jejaka hatiku tidak terjaga. Ku iring menghadap sayangku itu.
…………………………………………………………………………………………………………

“Puan, saya berangkat esok kan? Adakah saya pergi hanya seorang diri?” Ku mengajukan soalan itu kerana adakah aku pergi seorang berdiri atau ditemankan?

“Ohh. Kamu pergi seorang diri. Sampai di sana nanti, ada seorang pensyarah di sana akan menjemput awak. Jangan risau. Sekarang kamu kena belajar bahasa Hangul. Supaya nanti tak susah di sana.”

“Baiklah Puan.” Ku jawab ringkas. Sememangnya aku amat meninati Korea. Jadi aku sedikit sebanyank telah mempelajari bahasa itu. Jadi nanti tidaklah kekok sangat. Bahasa Inggeris ku juga. Alhamdulillah, ku rasa pasti akan banyak membantu.

“Puan, saya dah berada di LCCT ini. Puan di mana?” Aku menelefon Puan kerana semalam Puan ingin melihat aku berlepas.

“Ya Naeimah. Sekejap, saya ada di KFC. Saya beli makanan kejap. Awak nak pesan apa apa? Check in  lambat lagi kan. Boleh lah awak breakfast  dulu.” Tiket ku pada jam 8.30 pagi. Perutku hanya ku alas dengan segelas susu. Aku check in pada jam 7 pagi.

Aku fikir hanya akan sarapan di dalam penerbangan. Namun, sudah puan pelawa. Takkan lah aku hendak menolak. Terukir senyuman di bibirku.

“Boleh lah Puan. Terima kasih.” Ucapan terima kasih kuhulurkan. Ku matikan talian.
Puan sudah ku anggap seperti ibu ku sendiri. Sejak aku menjejakkan langkah ke alam Master di universiti, puan banyak membantu.

‘Alhamdulillah. Nasib baik dah solat Subuh’.  Lega rasanya bila Subuh telah ditunaikan. Aku bersarapan bersama puan , adik-adikku dan bapa saudaraku, pak long. Sejak ummi tiada, pak longlah yang menyara kami adik beradik. Tida terbalas rasanya jasa pak long. Namun ku bertekad, setelah aku berjaya suatu hari nanti, aku akan menolong pak long. Biarpun pertolongan ku taklah sehebat pertolongan pak long kepada kami, namun dengan sedikit rezeki, ku harap pak long tidak terbeban.

“Angah, jaga adik adik ye. Kak long nak pergi jauh ni. Kalau adik adik atau angah perlukan apa apa, e-mail along. InshaAllah, nanti along beri mengikut kemampuan along. Kalau along ada duit, along balik. Tapi tak kerap lah ye. Along harap adik-adik along ni berjaya dunia akhirat. Doakan along di sana ye. Achik, achik jangan lawan cakap angah. Belajar elok elok. Jangan lupa pesan ummi belajar simpan duit ye.”
Panjang lebar ku pesan kepada adik adikku. Ku usap kepala mereka. Ku kucup dahi mereka. Allahu.

‘Sabarlah wahai hati’. Ku bermonolog sendirian. Tak sanggup ku melihat mereka menangis. Ku harus tetap tersenyum kerana inilah keketuan adik adikku. Ku hulurkan RM 200 kepada angah. Duit yang kusimpan, ku hulurkan sedikit kepada mereka selebihnya menjadi belanja aku di sana. Ku tahu, mungkin tidak cukup, namun ku yakin wang sedikit ini InshaAllah mampu menampung makan minum mereka.

“Gaji kamu dari Universiti kita akan dimasukkkan di dalam bank kamu. Jangan risau Naeimah. Saya berdoa agar awak sentiasa di bawah lindunganNya.”

Bismillah. Ku mulakan langkah.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (H.R. Muslim)

No comments :

Post a Comment