Ku mencari cari jika ada sesiapa yang menantiku. Ya! Di
sana!
MISS NAEIMAH MAWADDAH
MALAYSIA
Tertera namku di sebuah Ipad. Mungkin itulah orang
menyambutku. Ku lihat seorang lelaki mungkin di usia pertengahan dan seorang
gadis yang cantik. Ku lihat telefonku.
Puan telah menghantar mesej kepadaku ketika aku berada di Malaysia. Nama
orang yang bakal menyambutku di sini.
‘
Mr. Kim Koo Soo’. Ku berdetik sendirian. Ku berjalan ke arah
jejaka itu.
“Hello. You are Mr. Kim Koo Soo? Perhaps you are.” Aku mulakan
biacara. Biarkan malu. Aku tergelak sendirian. Runsing apa yang perlu dilakukan
sekiranya ini bukan orangnya. Mukin tutup muka dan tempah tiket flight balik.
Ku menunggu jawapan.
“Yes. It’s me. You Ms.Naeimah Mawaddah. I’m sure you are.”
Yahoo! Ku bersorak dan menjerit ….. secara diam.
Alhamdulillah. Dah jumpa.
Siapa pula gadis di sebelah. Mungkin anaknya.
“And you..” Tanyaku untuk mengelakkan sebarang keraguan dan
salah faham berlaku.
“Ouh. This is one of you student. Meet her, Kim Hyunsoo.”
Wow ! ‘Daebak’ (gempak/kagum). Belum start kuliyah lagi. Dah ada student. Alhamdulillah
Ya Allah. Tak sangka rezekiku.
Ku menyambut huluran tangan gadis itu.
“Follow me. Actually today you will meet your entire student. We
will bring you there.” Dia menerangkan panjang lebar sambil kami menuju ke
kereta.
‘Sejuknya’. Merungut lah pulak. Yelah, mana tak sejuknya, pergi
musim Winter. Suhu sekarang pun -17 darjah celcius. Mujurlah pakaian ini
mengizinkan untuk bergerak dengan selesa. Alhamdulillah. Ku berterima kasih
dengan Mimi, anak sulung Pak long.
SubhanaAllah, tak sabar jugak nak menerokai kebesaran Allah ni.
Ku membontoti mereka menuju ke kereta.
Selang 3 jam. Kami tiba di sebuah restoren.
‘Foreign
Restaurant’
Mungkin restoren ini bakal menjadi tempat memuasakan nafsu makanku
selama 2 minggu. Untuk menyesuaikan diri. Terdapat sebuah masjid juga.
“
We are arrived in Itaewon Prof”. Ku tersentak dari lamunan.
Terpukau dengan keindahan ciptaan Allah. Sarung tangan ku sarungkan di tangan.
‘Bismillah. Ku mulakan langkah’.
“SubhanaAllah”. Aku
terkejut.
“Hello Prof. Nice to meet you. Apa khabar?”
Aku tergelak lucu. Cuba berbahasa Melayu. Salah seorang daripada
mereka menjemputku masuk. SubhanaAllah. Siap dah belajar bahasa Korea pulak tu.
Inilah dinamakan kuasa Allah yang Maha Besar. Ikatan silaturrahim tu boleh
diikat dengan siapa pun, di mana sekali pun.
…………………………………………………………………………………………………………
“Alhamdulillah. Ku mensyukuri nikmat yang diberikan.
“Sayang Aidil. Jom mandi. Dah pukul 8.30 ni. Bangun sayang. Lama
sangat dah buah hati ummi ni tidur. Tak ubah macam Abi. Bangun sayang.” Ku
hulurkan senyuman buat yang tercinta.
Muzik yang paling ank didengari ialah tangisan Aidil ketika bangun
tidur. Begitu asyik sekali. Ku buka bajunya dan mandikannya.
Setelah selesai semuanya, ku buka luas jendela. Berjalan selangakh
demi selangkah keluar dari rumah untuk mengirup udara yang segar lagi nya. Ku
dukung Aidil. Dakap erat. Ku ihat tanaman di luar rumah.
SubhanaAllah. Ceria, cantik sedap mata memandang. Alhamdulillah,
inilah usaha kami berdua. Aku dan si dia. Ku berjalan seketika. Perut telah
diisi jadi boleh lah jalan lama lagi.
…………………………………………………………………………………………………………
Mereka memperkenalkan diri masing masing. Aku hanya duduk,
ternganga mendengar nama mereka.
Memanglah sebelum ni, sudah banyak drama, rancangan kelakar ku
tonton, tapi 19 nama yang sememangnya berbeza dan pelbagai rupa susah melekat
di kepala. Ingin saja ku tulis nama mereka di atas kertas pada saat itu. Supaya
nanti mudah diingat. Cuma buat masa ni biarlah telinga ini menjadi halwa
dahulu.
Barulah tangan dan otak bekerja. Aku cuba menghadam sedikit semi
sedikit apa yang diperkatakan.
“Now your turn Prof”. Salah seorang pelajar menegurku.
Astaghfirrullah, aku belum kenalkan diri lagi. Lupa. Aku menepuk kepala.
“Hello. Anneyonghaeseyyo. My name is Naeimah Mawaddah binti
Muhammad Farhan. You can call me Miss Naeimah or Prof Naeimah. I’m 26 years
old. Proudly to be Malaysian. Happily to be one of Korean citizen for 2 years.
I hope all of you can give me a support as I’m new here. Thank you. Saranghae”
Aku tertunduk malu. Apakah yang terjadi? Berhabuk rasanya English
ku tadi. Ku urut dadaku. Ku lihat mereka ketawa.. Ku diam seketika cuba mencari
idea mengapa mereka ketawa.
‘Saranghae’? Aku juga turut tergelak. Ya. Itulah pengakhiran
ucapanku. Kami bergelak ketawa bersama.
Makan bersama. Jam menunjukkan 1.05
tengahari jam Korea dan 12.05 tengahari jam Malaysia. Mereka mengiringiku ke
Masjid setelah aku meminta diri untuk solat. Alhamdulillah, mereka faham
segalanya.
Mereka menuggu di luar. Usainya solat, aku mengikuti mereka. Mereka membawaku ke sekitar Seoul. Kata salah
seorang bakal anak muridku, “Don’t worry. We will always bring you here”. Aku
terseyum lebar. Tak sabarnya.. Kemudiannya, mereka terus menghantarku ke sebuah
rumah. Besar. Rumah 2 tingkat. Cukup ringkas rekaanya. Tak Nampak kayanya.
Memiliki kistimewaan tersendiri.
“So this is your house Miss. Hope you like it” Tegur seorang
pelajar. Pelajar itu berjaya membuatkanku terkejut daripada lamunan melihat
rumah yang cantik berseri itu.
“Yes. Yes. I really like it. Thank you. I don’t know what to say.
It just….” Tidak mampu kuluahkan dengan kata. InshaAllah, aku akan berusaha
sehabis baik untuk menyebarkan ilmu kepada mereka.
Esok bermulalah pengajaranku.
Bismillah.
Sabda
Rasulullah SAW, “Janganlah seorang lelaki duduk berdua duaandengan seorang
perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya orang ketiga yang bersam
sama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka seorang mahram.” (Riwayat
Ahmad)